Al-fatihah : Adnan Ibrahim (KFL)

PELABUHAN KLANG: Dua beradik yang menghabiskan masa hujung minggu dengan memancing dikhuatiri lemas apabila bot yang mereka naiki terbalik di kawasan perairan kira-kira satu kilometer dari Pulau Ketam di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata dua beradik itu dikenali sebagai Sahidan Ibrahim, 45, dan adiknya, Adnan Ibrahim, 33, dipercayai keluar memancing dengan anak Sahidan iaitu Mohd Amirul, 15, dan saudara mereka, Ahzad Shahrizad Abd Latif, 23. “Bot yang mereka naiki mungkin terlanggar sesuatu seperti batu atau kayu sehingga menyebabkan bot terbalik dan mangsa yang hilang dipercayai jatuh dalam laut apabila gagal berpaut pada bot,” katanya. Beliau berkata, Mohd Amirul dan Ahzad Sharizad sempat diselamatkan nelayan yang melalui kawasan perairan itu dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi. Mohamad berkata, gerakan mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang dimulakan dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam sebaik menerima laporan berhubung kejadian itu. Beliau berkata, sehingga 4.30 petang semalam, anggota penyelamat belum menemui mangsa yang berasal dari Kampung Delek dan Jalan Sungai Kapar, dekat sini.

“Operasi mengesan mangsa diteruskan sehingga malam tadi dan disambung hari ini sehingga kedua-duanya ditemui,” katanya. — Bernama


Petikan dari FB : Adha Ibrahim Adnan Ibrahim (KFL) passed away 01.02.2010. I on behalf of him would like to seek for appologize if anyhing wrong doing done by him. Let us pray his soul being placed among those who being blessed by Him. - Rafidah Aziz (Wife)

Versi Facebook